Skip survey header
Malay▾

Ibu Bapa

Selamat datang ke Tinjauan Komuniti CIS untuk Ibu Bapa

Garis Panduan
  1. Tinjauan ini akan mengambil masa 10 minit untuk dilengkapkan.
  2. Sila lengkapkan seluruh soal selidik. Data yang kami kumpul mungkin akan mengelirukan sekiranya kami menerima soal selidik yang tidak lengkap.
  3. Kami mengesyorkan bahawa anda melengkapkan satu soal selidik per keluarga. Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin melengkapkan satu soal selidik per anak, anda boleh melakukannya dengan menggunakan pautan yang sama berbilang kali. Cuma salin dan tampal URL kepada pelayar setiap kali anda melengkapkannya untuk seorang anak tambahan.
  4. Sekiranya anda ingin melengkapkan maklum balas anda kemudian, klik "Simpan dan teruskan kemudian" pada sudut kanan atas soal selidik dan berikan alamat e-mel anda dan pastikan anda menggunakan pelayar internet yang sama pada komputer yang sama untuk melengkapkan soal selidik.

Kami ingin membantu anda, jadi hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai soal selidik atau mengalami isu teknikal, sila hubungi accreditation@cois.org.

Notis Privasi

Soal selidik ini direka dan dikemukakan oleh Lembaga Sekolah Antarabangsa (CIS) untuk mengumpul maklum balas anda untuk membantu sekolah mempertingkatkan sistemnya sebagai sebahagian daripada proses Akreditasi Antarabangsa CIS. Maklum balas soal selidik anda adalah tidak bernama.

CIS mengumpul maklum balas soal selidik untuk tujuan penyelidikan dan untuk membantu sekolah memahami keputusan soal selidik dengan lebih baik. Maklum balas yang anda berikan dalam soal selidik ini tidak akan digunakan untuk apa jua sebab yang lain. Alamat IP anda akan dikumpul dan diberikan kepada CIS oleh aplikasi web sebagai cara untuk mendaftarkan maklum balas anda.

Peruntukan CIS yang sah di sisi undang-undang untuk memproses maklumat anda adalah Kepentingan Sah (Artikel 6(10(f)).

Untuk maklumat lanjut tentang hak maklumat anda dan bagaimana CIS mengendalikan/menstor data anda sila semak Dasar Privasi kami.
Incorrect input. Please enter a number
Incorrect input. Please enter a number
Incorrect input. Please enter a number
Incorrect input. Please enter a number
Incorrect input. Please enter a number
Incorrect input. Please enter a number
Incorrect input. Please enter a number